Monday, March 21, 2011

Sulaman benang ditepi tudung

Salam dan selamat bertemu kembali....

Pada entry yang lepas ciktie dah tunjukkan sulaman riben... kali ni kita tengok pula sulaman benang. Macam biasa...pada tudung.

Seperti yang ciktie janjikan pada kak ina (http://inazarena.blogspot.com)...inilah design bunga sulam benang yang dijahit sebelah awning saja. Mengambil masa untuk disiapkan seperjalanan dari kuala lumpur ke penang. Ada cerita sebenarnya disebalik sejambak bunga ni.... asalnya balik ke penang sebab ada kenduri. Tapi tudung yang dipakai hari tu kainnya plain saja...takde corak langsung. Nampak kosong sangat...! disebabkan perjalanan akan memakan masa lebih kurang 3 jam... makanya make over tudung tersebut dibuat semasa perjalanan tersebut. Tak banyak pun yang dapat disulam tapi cukuplah sebagai pemanis ditepi tudung...betul tak?

jom tengok....



Friday, March 18, 2011

Needle Case

Salam semua...

Percubaan pertama membuat needle case yang berzip ni. Susah juga nak jahitkan zip dalam bentuk 'U' ni ye...heee....confirm masih banyak nak kena belajar lagi ni!

Untuk menyimpan jarum....ciktie gunakan felt dan dihiasi sikit di hujungnya dengan sulaman benang....menjadi rose bud. Dibahagian belakang bekas jarum ni ciktie buatkan poket untuk menyimpan gunting kecil. Kira senanglah penyulam kita nak buat kerjanya nanti.

Empunya needle case ni baru je terima barang ni sebentar tadi....lega!

jom tengok...






Monday, March 14, 2011

Sulaman Benang (Bullion Rose) pada tudung

Salam semua....

Kali ni kita tengok sulaman benang pula ye. Masih pada tudung. Sulaman benang ni menggunakan teknik bullion. Bunganya kecil sikit dari bunga yang menggunakan teknik cast on stitch @ jahitan taja. Tapi ada manisnya...kecil2 dan comel2. Tudung ini kepunyaan salah seorang ahli keluarga yang menyambut menantu baru2 ini. Tahniah auntie...moga berpuas hati dengan sulaman pada tudung ni....

Jom tengok... sesiapa nak tempah...hubungi butikriben@gmail.com





Tuesday, March 8, 2011

Tote bag untuk orang Penang.

Kepada semua pengunjung Butik Riben....selamat pagi dan salam sejahtera.

Wah! dah masuk bulan 3....cepatnya masa berlalu. Tak terkejar rasanya azam yang dibuat pada awal tahun dulu...takpe cuba...cuba...!

Untuk tatapan kawan2 semua, kali ni ciktie tunjukkan tote bag yang juga boleh dijadikan beg telekung. Tempahan dari Pulau Pinang. Untuk bag ni, ciktie gunakan teknik spider web rose. Daun2 kurang pula pada sulaman ni...sebenarnya masanya agak suntuk untuk buat beg ni, tuannya nak cepat. Harap2 tuannya suka....

Jom tengok....






Wednesday, March 2, 2011

pouch bersulam riben

Salam semua....

Lama juga tak update blog ni....sorry ye. Busy sikit.

Kali ni ciktie nak tunjukkan projek terbaru... pouch berzip. Pouch ni saiznya 8x5inch dan berlining didalam. Boleh digunakan sebagai tempat menyimpan make-up, pencil case ataupun sekadar bekas untuk mengisi dompet,kunci dan barang2 kecil sewaktu keluar jalan2...

jom tengok....








kalau nak...hubungi: butikriben@gmail.com