Hari ni dah hari penghabisan bagi tahun 2009 ni. Sebagai menutup tirai tahun ni ciktie nak paparkan satu lagi set bookmark yang telah dipesan. Kali ni menggunakan tassel berwarna coklat. Harap kawan2 semua belum lagijemu dengan koleksi bookmark2 ni. Setiap bookmark yang dihasilkan disini bunga sulaman ribennya adalah berlainan..... so jom layan...dan HAPPY NEW YEAR 2010!!!
Thursday, December 31, 2009
Wednesday, December 23, 2009
Sulaman Riben pada baju
Selamat bertemu kembali kawan2 semua.... lama juga takde entry barukan! bukannya tak menyulam lagi.... ada... tapi tak berkesempatan nak masukkan gambar2 ni. Ini adalah sulaman riben yang dijahit pada baju kurung. Sekarang ni bila tengok dalam tv dan majalah, pereka2 fesyen dah mula gabungkan riben, manik dan labuci. So dah ada sikit ilmu sulaman riben ni... nak cubalah buat. Inilah hasilnya! Bunga2 riben ini dijahit pada hujung tangan dan dibawah baju.
**untuk tuan punya baju ni...kak ina, harap puas hati ye.
**untuk tuan punya baju ni...kak ina, harap puas hati ye.
Wednesday, November 25, 2009
Bookmark bertassel pink
salam semua... ini ada lagi bookmark yg dah siap. Kali ini tasselnya berwarna pink pula. Pemilihan warna untuk bunga2nya pun warna2 yang soft dan sejuk aje mata memandang agar senada dengan warna tasselnya itu. Sesuai sangat sebagai cenderahati untuk anak2 dan sahabat handai... kalau ada yang nak...email aje ok....
Saturday, November 21, 2009
Dompetku bersulam riben
salam semua...!
Baru-baru ni ciktie cuba buat wallet. Tapi kerana minat sangat dengan sulaman riben ni, maka mestilah letakkan bunga2 riben pada wallet ni! Menggunakan kain felt. Sulamannya pula gabungan organza riben, satin riben, benang sulam dan juga manik. Seronok dan puas betul dapat guna barang yang kita hasilkan sendiri walaupun tak secantik mana...selamat menjamu mata!

Wednesday, November 11, 2009
Monday, November 9, 2009
Bookmark bertassel kuning
Salam semua kawan2... bookmark2 ni baru aje siap. Dan dah sampai pun pada tuannya... ultramama di penang. Suka sangat bila mama suka.... banyak lagi bookmark2 ni.... sabar ye kawan2. Rajin2lah jalan sini... ada 5 batch semuanya. Menurut ultramama, bookmark2 ni adalah hadiah untuk student2nya yang akan mengambil SPM dan STPM tak lama lagi. Good luck ye adik2...semoga berjaya dalam peperiksaan tu nanti! Untuk mama...terima banyak2 ye....
kalau ada kawan2 yg nak juga... email aje. Satu RM8. material kain cross stitch saiz kecil.
kalau ada kawan2 yg nak juga... email aje. Satu RM8. material kain cross stitch saiz kecil.
Saturday, October 31, 2009
Cherry Blossom
Thursday, October 22, 2009
Rose on a small tote bag
Tuesday, October 13, 2009
Headband berbunga teratai
Salam semua...sorry ye dah lama tak dapat nak update blog ni. Baru aje selesai berpindah rumah buat kali kedua, setelah keadaan rumah yang sebelum ini kurang serasi... Dah pindah tu seperti biasa...lambatlah pulak nak dapatkan line untuk internetnya. Sekarang dah ok, Alhamdulillah... so kawan2 dah bolehlah selalu jalan2 sini... minum kopi... makan kuih raya yg masih ada lagi.. (pasal pindah rumah, takde lah tetamu).
RE kali ni bergaya kat luar rumah pulak...cerah sikit. Cekak rambut ni combinasi sulaman riben, manik dan labuci... selamat menjamu mata ye...!
RE kali ni bergaya kat luar rumah pulak...cerah sikit. Cekak rambut ni combinasi sulaman riben, manik dan labuci... selamat menjamu mata ye...!
Thursday, September 17, 2009
Another Round Wall hanging
Ini adalah satu lagi hiasan dinding yg sempat disiapkan sempena nak menyambut hari lebaran yg bakal tiba beberapa hari aje lagi. Tempahan dari kak Rahmah untuk dihadiahkan pada kawannya. Harap2 akak berpuas hati ye dengan sulaman ni....
Untuk semua kawan2 dan saudara2ku yang rajin mengunjungi blog ni...CikTie ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri... dan kiranya ada tersalah bahasa disini...harap dapat dimaafkan ye!
Untuk semua kawan2 dan saudara2ku yang rajin mengunjungi blog ni...CikTie ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri... dan kiranya ada tersalah bahasa disini...harap dapat dimaafkan ye!
Thursday, September 10, 2009
headband for maisarah
Headband @ cekak rambut..... simple! sekuntum bunga aje kan. Bukannya apa sekarang ni tengah sibuk jahit manik kat baju raya. Boring pulak tiba2...! So bila tengok sikecil yang berusia 8 bulan ni pakai cekak rambut yg kosong ni...apalagi terus ambil dan dijahitkan bunga riben dan dihiasi manik... ok tak? nanti nak buat lagi...tunggu ye!
Tuesday, September 8, 2009
Wall Hanging
Salam kawan2 semua....
Masih ingat lagi dengan sulaman riben ini? Dulu bunga rose tu tak berapa kembang...sekarang dah tambah baja...kembang mekarlah jadinya. Dulu hydragea pink tu tengahnya warna putih....sekarang dah tukar warna merah. Dulu RE ni tak tau nak buat apa...sekarang dah jadi wall hanging. Selamat menjamu mata ye...!!!

Tuesday, August 25, 2009
pouch kecil untuk hari raya
Salam kawan2 semua! Lama betul ciktie tak jumpa kawan2 semua kat sinikan...! Lepas pindah hari tu streamyx problem so tak boleh nak online. Sekarang dah ok...tapi masih tengah adjust lagi dengan tempat baru ni...
Cerita tentang entry kali ni... ini adalah pouch kecil untuk anak2 simpan duit raya nanti. Tali panjang pada bag ini memudahkan anak2 silangkan pada badan mereka. Design ni dah pernah buat dulu...tapi warna bunganya lain....kira oklah ye....

Wednesday, August 5, 2009
Pouch untuk Ijah.
Sulaman riben ni dah lama siap. Tapi nak dijadikan pouch tu yang tertangguh. Baru hari ni siap dijahit pouchnya tu. Kali ni guna rosette gathered rose pulak. Hujung minggu nanti pouch ni pasti sampai pada tuannya di alma jaya, Bukit Mertajam. Bolehlah melaram bawa pergi tengok persembahan Aida (anaknya) nanti.
***kawan2 semua... ciktie takkan online sampai next week ye. Nak pindah rumah. Kejap lagi streamyx ni dah nak kena potong. Nanti dah pasang kat rumah baru , ciktie update lagi ye. Ni kira last minute punya entry lah ni...!!!

Wednesday, July 29, 2009
Sarung Bantal Baby
Sarung bantal untuk baby CAHYA yang bakal lahir tak lama lagi. Sarung bantal bersulam riben ini telah selamat diposkan keJerman. Tapi kita tengok sulamannya aje ye....gambar yang siap dijadikan sarung bantal tak sempat nak ambil gambarnya. Nantilah kalau cahya masukkan gambar sarung bantal tu dalam blognya...ciktie tempek sini semula, ok. Harap2 Cahya happy....! (Ibu mengandung kena sentiasa happy tau!!!)
Subscribe to:
Posts (Atom)