Saturday, January 30, 2010

aksesori kereta

Salam teman2....hari ni ciktie nak share hasil sulaman jangka pendek yang dihasilkan. Sulaman jangka pendek? He!he! sifu2 sulaman riben pun tak guna term ni...!!! Takpe lah tapi ciktie nak guna juga term ni bagi menunjukkan yang sulaman yang dihasilkan amat mudah dan ringkas aje.... kali ni ciktie buat hiasan kereta. Hanya sekuntum folded rose dan ditemani oleh sulaman manik pula.




Pandangan sisi.... sulaman bunga dijahit pada kedua-dua belah.



Friday, January 15, 2010

coin pouch

Ini adalah posting pertama ditahun 2010 ni. Bukannya tak ada sulaman nak dikongsikan dengan kawan2...ada...tapi itulah, buat2 sibuk lah tu. Dah ada beberapa lagi sulaman yang disiapkan tapi belum sempurna... macam butangnya tiada...zipnya belum dipasang... bila dah settle.... pasti akan ditempek kat sini!!

Ini sempena musim persekolahan yang baru bermula. Coin pouch ni untuk anak letakkan duit sekolahnya. Nama aje coin pouch... tapi budak2 sekarang dah tak bawa coin dah...tak cukup. So pouch ni kecil ajelah....lebih kurang 3"x4.5".