Monday, December 27, 2010

Beg telekung Maroon

Salam dan selamat pagi kawan2...

Ini adalah beg telekung tempahan dari penang. Tuannya pun dah terima beg ni. Menggunakan teknik folded rose. Gabungan grossgrain riben warna pink terang dan cream. Lining didalam...warna pink lembut. Beg ni bertangkai plastik bulat berwarna kuning.

jom kita tengok begnya...











Tuesday, December 21, 2010

Sedikit Sumbangan Untuk Adik2 Yang Kurang Bernasib Baik

Salam semua...

Lama juga blog ni sunyi kan...bila dah namanya cuti sekolah, anak2 ada kat rumah. Sibuknya berganda pula. Rumah selalu aje tunggang-langgang...asyik nak makan pula tu. Sibuk...!sibuk....!

Kali ni takde sulaman riben juga. Tapi ciktie nak tunjukkan apa yang dah disiapkan untuk adik2 di rumah anak yatim melalui program anjuran pondok craft. Tak sempat nak buat banyak pun. Mula2 ingatkan sempatlah nak buatkan RE pada produk2 ni, tp masa tak mengizinkan. Untuk menceriakan pencil case ni...warna kain dan zip yang berwarna terang digunakan. Harap adik2 yg menerima akan gembira dan lebih bersemangat untuk pergi kesekolah....

Jom kita tengok...




Untuk adik2 lelaki



untuk adik2 perempuan



bahagian dalam



semua pencil case yang disiapkan

Tuesday, November 30, 2010

Sulaman benang pada tudung

Salam semua...

Hari ni Ciktie nak tunjukkan bunga hasil dari sulaman benang pula. Maaf ye kali ni takde riben...

Sulaman benang ni dijahit pada tudung yang pada mulanya agak kosong. Kira make over tudunglah ni. Bunga2 dijahit pada keliling bawah tudung dan diatas awningnya tu... jom tengok...

p/s... utk kak ina, terima kasih ye beri kepercayaan pada ciktie utk me'makeover'kan tudung akak ni.








Friday, November 26, 2010

Bunga riben pada baju kurung

Salam dan bertemu kembali semua....

Kali ni ciktie nak share bunga riben yang dijahit pada bahagian bawah baju kurung. Tapi tuan punya baju hanya bagi kainnya aje. Jadi gambar keseluruhan baju yang berbunga riben ni tak adalah ye.

ciktie gabungkan bunga2 riben ni dengan daun2 dari kristal...nak bagi bling2 sikit. Tapi disebabkan tuannya nakkan yang simple... inilah hasilnya...






Monday, November 15, 2010

cushion cover - rose advance

Salam kawan2 dan semua yang sudi menjenguk Butik Riben...selamat pagi dan selamat datang...

Jom cuci mata tengok bunga rose advance ni. Bunga rose ciptaan sifu RE, Pn.Ann. Cantikkan bunga ciptaan beliau! Dah lama belajar buat bunga ni. Tapi jarang buat... takut lupa pula. Lepas ni kena banyak praktis lagi. Masih ada yang perlu diperbetul dan diperkemaskan lagi...sulaman ni nak dijadikan cushion cover. Masih dalam proses menyulam...dah siap nanti, pasti ada kat blog ni....

Jangan jemu datang lagi ye... kalau ada yang berminat boleh contact ciktie.






Monday, October 25, 2010

Kerongsang riben

Salam...

Dari beg kita tengok kerongsang @ brooch pulak. Kerongsang ni dibuat untuk Has di penang. Menggunakan organza riben. Suka sangat guna riben ni sebab ada tone color. Tapi tak semua teknik sulaman boleh menggunakan riben ni, pasal teksturnya yang nipis. ok...jom kita tengok kerongsangnya....








berminat...contact butikriben@gmail.com

Thursday, October 21, 2010

Beg telekung hijau

Salam....

Lagi satu beg telekung yang telah disiapkan. Tuan punya beg kali ni nakkan beg yang menggabungkan 2 warna hijau. Jadi, kawan2 jom tengok beg yang telah disulam dengan riben dan diperindahkan dengan labuci....









kalau ada yg berminat...sila email ke... butikriben@gmail.com

Sunday, October 17, 2010

Hiasan kereta untuk Pah di Penang

Salam semua....

Ini adalah hiasan untuk kereta yang telah disiapkan. Order dari Pah di Penang. Dia nakkan bunga yang berwarna merah untuk menghiasi keretanya. Ada lagi order dari Pah yang sedang disiapkan. Terima kasih ye Pah kerana sanggup menunggu.... jom tengok!




Monday, October 4, 2010

Bag Telekung Hantaran Pengantin

Selamat bertemu kembali kepada semua yang sudi mengunjungi blog ini...ribuan terima kasih di ucapkan. Ini adalah entry yang ke-100 di butik riben....

Sulaman riben kali ni di applikasikan pada bag telekung yang akan digunakan sebagai hantaran pada majlis perkahwinan Mazlina dan Fuad. Disebabkan pertukaran plan pada saat2 akhir... bag ni perlu disiapkan segera. Dari masa seminggu seperti yg dijanjikan menjadi satu hari saja yg tinggal, dimana keesokkan harinya bakal pengantin dah nakkan bag ni....! Ermmm...inilah hasilnya.

Didoakan kedua2 mempelai bahagia keanak cucu....Amin.











Friday, September 3, 2010

Set Hiasan Kereta

Salam pada semua teman2 dan pengunjung2 Butik Riben...

Dah semakin hampir nak raya ni...mesti semua tengah sibuk2 buat persiapan terakhir untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba tak lama lagi tu... kalau boleh,semua benda nak dihias cantik dan baru. Macam entry kali ni, ciktie nak share satu permintaan sulaman riben sebagai hiasan untuk kereta beliau. Bila kereta dah dihias cantik... barulah semangat nak pergi jalan2 dihari raya....

terima kasih Su...













Wednesday, September 1, 2010

Bag kecil berbunga lace

Salam semua... hari ni saja nak tunjuk bag yang kecil dan simple untuk si kecil maisarah letakkan buku2 dan alatan tulisnya. Sebenarnya ciktie tak nak masukkan gambar ni kat sini, sbb simple aje kan bagnya...tp disebabkan ada percubaan baru yang ciktie dah cuba pada bag ni...jadi...nak sharelah!

-Bag ni guna kain plain aje...warna kuning tu.
-Teknik sulam tampal pada gambar kartun
-teknik sulam riben pada daun
-teknik sulaman lace pada bunga (he!he! boleh ke kata sulaman lace/lace embroidery...walaupun bunga2 sejemput aje?)

Dah namanya pun percubaan dan bag utk si kecil...makanya seringkas mungkinlah bag ni jadinya. ok semua...jom tengok bagnya....





Friday, August 27, 2010

Bag Telekung untuk Ros

Salam kawan2... diam tak diam dalam kesibukkan bulan Ramadhan ni...dah separuh bulan, Ramadhan berlalu meninggalkan kita. Harap2 kita tak kerugian dlm mengejar segala keberkatan dalam bulan ni....

Sulaman riben kali ni...masih lagi pada bag. Jangan jemu ye kawan2. Dah customer nak produk tu, maka produk itulah yang ciktie tempek kat sini.... jom tengok bunga2 riben yg dah kembang tu....













Pertanyaan, contact.... yatie5273@gmail.com

Thursday, August 19, 2010

Pouch Imani

Salam semua...

Takde bag besar kali ni, tapi pouch/bag jerut pula. Percubaan menggabungkan riben dan felt...warna2 yg terang digunakan. Simple saja. Jom tengok gambar...






Monday, August 16, 2010

Mini Tote Bag Berbunga Riben

Salam...dah hari ke-6 kita berpuasa....cepatnya masa berlalu.

Tak nak cerita banyak2 .... kali ni ciktie nak share gambar mini tote bag. Tangkainya dipanjangkan sebab nak galas. Cuba buat bunga warna coklat pula. Sulaman riben digabungkan dengan manik dan labuci...ok. Selamat jalan2 sini ye...





Thursday, August 12, 2010

Beg kak fizah

Salam...selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua teman2 yang beragama Islam.

Ini adalah beg tempahan dari kak fizah. Dia nakkan sulaman yang ringkas dan bunga yang kecil2. Inilah hasilnya....suka sangat bila kak fizah puas hati...

Terima kasih kak...terima kasih Ilah...jom tengok gambar...







kalau berminat, hubungi.... yatie5273@gmail.com

Tuesday, August 10, 2010

pocket tissue cover

salam semua...

Sebelum ni dah ada beberapa entry tentang bag. Jadi kali ni nak tukar produk lah pulak. Cover untuk tisu poket... Simple dan kejap aje nak membuatnya. Sesuai sebagai cenderahati selain untuk kegunaan sendiri. Nampak bergaya sikit bila tisu yang kita nak guna tu diletakkan dalam cover macam ni....betul tak? selamat mencuci mata ye..





Friday, July 23, 2010

Bag untuk anak2....

salam semua...entry kali ni pun tentang bag juga...untuk anak2 seorang teman ...bag ini akan dibawa ke nursery untuk mengisi baju dan barang2 semasa di sana. Sulaman ringkas aje dan color yang digunakan agak terang...melambangkan keceriaan anak2... Bag ni diletakkan zip....yelah, kat nursery tu kan ramai kawan2nya...takut tersilap letak @ terambil barang kawan pula...maka dengan adanya zip...barang2 tersimpan elok dan lebih selamat. Kat dalam pula ada 3 poket...bolehlah adik dan kakak letak barang2 mereka yg kecik2. Kesian adik dan kakak asyik tanya umi ttg bag mereka ni...takpe,malam ni juga aunty pergi pos, ok!














untuk tempahan... yatie5273@gmail.com

Saturday, July 10, 2010

Bag Telekung ke3

Salam semua...

Seperti yang dikatakan sebelum ini, kali ni giliran bag telekung yang ke3 pulak mengambil tempat disini. Selepas bag telekung yang berwarna hijau dan biru, bag berwarna kuning pula menyusul. saiz bag2 ni 13"x14". Bunga putih digabungkan pada sulaman ini bagi menyejukkan sedikit warna bunga merah itu...ok. Sekian dulu cerita bag telekung 3 beradik...terima kasih.








Kalau nak contact yatie5273@gmail.com

Tuesday, July 6, 2010

bag tempahan kawanku

salam semua...

Kali ni kita cuci mata lagi dengan bag telekung yg telah dipesan oleh seorang kawan rapat dari pulau pinang. Alhamdulillah... dah sampai pun bag ni pada dia. Ciktie buat cabbage rose sebagai bunga utama pada bag ni... cuba gabungkan warna2 yang lembut... dah namanya bag utk telekungkan...

Ada yang bertanya tentang tangkai bag bulat yang cantik tu...ciktie beli kat kedai kak roslina (www.mycraftnhobbies.com)...macam2 product utk craft ada kat situ... pergilah jalan2 kat sana, service pun bagus..senang berurusan dengan akak roslina ni.

ok, lepas ni ada satu lagi bag telekung (tiga beradik semuanya)....akan diupdate secepat mungkin. sementara tu, cuci2 mata dulu ye...








kalau nak... contact yatie5273@gmail.com

Wednesday, June 23, 2010

bag telekung

salam semua... ini adalah bag telekung yang dah disiapkan. First time buat guna tangkai bulat ni. Tapi Alhamdulillah bila dah siap hasilnya tak menghampakan. Ramadhan dah semakin dekat ni... bag ni sesuai sangat dijadikan hadiah utk ibu, ibu mertua, saudara @ pun untuk diri sendiri untuk dibawa kemasjid nanti...







kalau berminat contact yatie5273@gmail.com