Friday, July 23, 2010

Bag untuk anak2....

salam semua...entry kali ni pun tentang bag juga...untuk anak2 seorang teman ...bag ini akan dibawa ke nursery untuk mengisi baju dan barang2 semasa di sana. Sulaman ringkas aje dan color yang digunakan agak terang...melambangkan keceriaan anak2... Bag ni diletakkan zip....yelah, kat nursery tu kan ramai kawan2nya...takut tersilap letak @ terambil barang kawan pula...maka dengan adanya zip...barang2 tersimpan elok dan lebih selamat. Kat dalam pula ada 3 poket...bolehlah adik dan kakak letak barang2 mereka yg kecik2. Kesian adik dan kakak asyik tanya umi ttg bag mereka ni...takpe,malam ni juga aunty pergi pos, ok!














untuk tempahan... yatie5273@gmail.com

Saturday, July 10, 2010

Bag Telekung ke3

Salam semua...

Seperti yang dikatakan sebelum ini, kali ni giliran bag telekung yang ke3 pulak mengambil tempat disini. Selepas bag telekung yang berwarna hijau dan biru, bag berwarna kuning pula menyusul. saiz bag2 ni 13"x14". Bunga putih digabungkan pada sulaman ini bagi menyejukkan sedikit warna bunga merah itu...ok. Sekian dulu cerita bag telekung 3 beradik...terima kasih.








Kalau nak contact yatie5273@gmail.com

Tuesday, July 6, 2010

bag tempahan kawanku

salam semua...

Kali ni kita cuci mata lagi dengan bag telekung yg telah dipesan oleh seorang kawan rapat dari pulau pinang. Alhamdulillah... dah sampai pun bag ni pada dia. Ciktie buat cabbage rose sebagai bunga utama pada bag ni... cuba gabungkan warna2 yang lembut... dah namanya bag utk telekungkan...

Ada yang bertanya tentang tangkai bag bulat yang cantik tu...ciktie beli kat kedai kak roslina (www.mycraftnhobbies.com)...macam2 product utk craft ada kat situ... pergilah jalan2 kat sana, service pun bagus..senang berurusan dengan akak roslina ni.

ok, lepas ni ada satu lagi bag telekung (tiga beradik semuanya)....akan diupdate secepat mungkin. sementara tu, cuci2 mata dulu ye...








kalau nak... contact yatie5273@gmail.com