Friday, December 30, 2011

Cushion Cover lagi...

Salam...

Ini adalah satu lagi sulaman riben untuk sarung kusyen. Tempahan dari Alma, Bukit Mertajam. Bunga ini diberi kelainan dengan dijahit manik-manik kecil pada bahagian tengahnya. Silalah jamu mata dengan close-up gambar bunga2 ni ye....















Sebarang pertanyaan/tempahan, hubungi: butikriben@gmail.com

Friday, December 23, 2011

cushion cover kak laili

Salam semua,

Silalah jalan2 kat sini ye. Bunga-bunga kali ni adalah sulaman untuk cushion cover. Warna kain untuk sulaman ni agak gelap... jadi agak sukar nak cari warna riben yang sesuai dengannya. (Ish2! kat mana nak belajar pasal kombinasi warna ni ye... tak pandai2 lagi ni). Harap warna2 ni ok. Sampai jumpa lagi... bye.













Sebarang pertanyaan: butikriben@gmail.com

Wednesday, December 7, 2011

Skirt bersulam riben, benang dan manik.

Salam semua,

Kali ini kita tengok projek jahitan dan sulaman yang dah agak lama CikTie siapkan. Ia adalah skirt labuh kanak-kanak yang dihiasi dengan sulaman riben, benang dan juga manik. Skirt ni disiapkan semasa nak menyambut Hari Raya puasa yang lalu...(dah lama kan!). Sambil2 tunggu anak nak keluar dari sekolah tu....hehehe...emaknya sibuk menyulam dalam kereta. Puas hati dapat hiasi sendiri skirt anak walaupun simple aje. Beli 2 meter kain denim, dapat 4 helai skirt labuh pelbagai saiz.

Jadi lepas ni kawan2, jangan lupa kesini lagi ye... ada lagi 3 skirt labuh dan sulaman2nya akan menyusul...








sebarang pertanyaan....www.butikriben@gmail.com

Friday, December 2, 2011

Kusyen Bilik Pengantin

Salam....

Ini adalah kusyen untuk hiasan dibilik pengantin. Tak sempat nak buat sepasang... hanya sebiji aje kusyen ni yang sempat disiapkan. Tapi ok lah tu, bunganya dah kembang setaman... Tapi sulamannya dah pernah ditunjukkan di sini dulu. Dan kali ni kusyennya dah siap... jom tengok!






Tuesday, November 1, 2011

pouch

Salam...

Ini adalah pouch tempahan dari Penang. Satu berbunga kecil dan satu lagi berbunga besar. Seperti biasa, pouch ni berzip dan berlapik didalamnya.

Selamat mencuci mata semua....


-CikTie-







Thursday, October 13, 2011

Bag Telekung untuk cikgu

Salam kawan2 dan pengunjung2 butik riben...

Terima kasih masih sudi ziarah rumah cik tie ni yg dah lama tak dikemas kinikan. Keadaan kesihatan kurang mengizinkan....

ok lah semua, kali ni kita jamu mata tengok tote bag @ bag telekung buat cikgu di Sekolah Datok Keramat, Penang. Bag ni digabungkan dengan kain berkotak warna merah. Sebenarnya cikgu ni nak bag yang berwarna merah cili...tapi susahnya nak cari kain warna tu yang senang nak disulam riben. Maka terhasillah bag ni.... harap cikgu suka.

Jom tengok....








sebarang pertanyaan, email: butikriben@gmail.com

Monday, July 4, 2011

Tudung buat ibu pengantin

Salam kepada semua pengunjung Butik Riben....

Kali ni kita tengok sulam benang pulak, ok tak? Masih pada tudung. Tapi designnya lebih kurang macam yang sebelum juga. Bunganya menggunakan teknik jahitan taja. Bunga yang menggunakan teknik ni agak besar saiznya, jadi tak perlu buat banyak2 pun dah nampak bunganya. Lambat sikit nak menyulam kali ni sebab, tudung ni materialnya jenis net...jadi perlu teliti sikit semasa nak menyulam tu...takut terkoyak pula tudungnya.

Jom lah kita tengok...










kalau ada nak menempah... emailkan ke... butikriben@gmail.com

Friday, June 17, 2011

Bekas Pensil buat Maryam

Salam semua...

Sedikit update tentang hasil jahitan yang simple. Ini adalah tempahan pencil case dari pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Amin. Dah nak dijadikan bekas pensil... so bunganya tak bolehlah sarat sangatkan. 'M' tu nama empunya bekas pensil...MARYAM.

Selamat mencuci mata ye....






Saturday, May 14, 2011

Lunch Bag Ustazah Hafizah

Salam semua,

Lamanya tak update blog.

Ini adalah bag yang dah lama siap. Dan tuannya pun dah guna pun bag ni... :)
Untuk kali ni kita tengok bag yang simple ni dulu ye. Tempahan dari ustazah Hafizah sebagai lunch bag....





Monday, March 21, 2011

Sulaman benang ditepi tudung

Salam dan selamat bertemu kembali....

Pada entry yang lepas ciktie dah tunjukkan sulaman riben... kali ni kita tengok pula sulaman benang. Macam biasa...pada tudung.

Seperti yang ciktie janjikan pada kak ina (http://inazarena.blogspot.com)...inilah design bunga sulam benang yang dijahit sebelah awning saja. Mengambil masa untuk disiapkan seperjalanan dari kuala lumpur ke penang. Ada cerita sebenarnya disebalik sejambak bunga ni.... asalnya balik ke penang sebab ada kenduri. Tapi tudung yang dipakai hari tu kainnya plain saja...takde corak langsung. Nampak kosong sangat...! disebabkan perjalanan akan memakan masa lebih kurang 3 jam... makanya make over tudung tersebut dibuat semasa perjalanan tersebut. Tak banyak pun yang dapat disulam tapi cukuplah sebagai pemanis ditepi tudung...betul tak?

jom tengok....



Friday, March 18, 2011

Needle Case

Salam semua...

Percubaan pertama membuat needle case yang berzip ni. Susah juga nak jahitkan zip dalam bentuk 'U' ni ye...heee....confirm masih banyak nak kena belajar lagi ni!

Untuk menyimpan jarum....ciktie gunakan felt dan dihiasi sikit di hujungnya dengan sulaman benang....menjadi rose bud. Dibahagian belakang bekas jarum ni ciktie buatkan poket untuk menyimpan gunting kecil. Kira senanglah penyulam kita nak buat kerjanya nanti.

Empunya needle case ni baru je terima barang ni sebentar tadi....lega!

jom tengok...






Monday, March 14, 2011

Sulaman Benang (Bullion Rose) pada tudung

Salam semua....

Kali ni kita tengok sulaman benang pula ye. Masih pada tudung. Sulaman benang ni menggunakan teknik bullion. Bunganya kecil sikit dari bunga yang menggunakan teknik cast on stitch @ jahitan taja. Tapi ada manisnya...kecil2 dan comel2. Tudung ini kepunyaan salah seorang ahli keluarga yang menyambut menantu baru2 ini. Tahniah auntie...moga berpuas hati dengan sulaman pada tudung ni....

Jom tengok... sesiapa nak tempah...hubungi butikriben@gmail.com





Tuesday, March 8, 2011

Tote bag untuk orang Penang.

Kepada semua pengunjung Butik Riben....selamat pagi dan salam sejahtera.

Wah! dah masuk bulan 3....cepatnya masa berlalu. Tak terkejar rasanya azam yang dibuat pada awal tahun dulu...takpe cuba...cuba...!

Untuk tatapan kawan2 semua, kali ni ciktie tunjukkan tote bag yang juga boleh dijadikan beg telekung. Tempahan dari Pulau Pinang. Untuk bag ni, ciktie gunakan teknik spider web rose. Daun2 kurang pula pada sulaman ni...sebenarnya masanya agak suntuk untuk buat beg ni, tuannya nak cepat. Harap2 tuannya suka....

Jom tengok....






Wednesday, March 2, 2011

pouch bersulam riben

Salam semua....

Lama juga tak update blog ni....sorry ye. Busy sikit.

Kali ni ciktie nak tunjukkan projek terbaru... pouch berzip. Pouch ni saiznya 8x5inch dan berlining didalam. Boleh digunakan sebagai tempat menyimpan make-up, pencil case ataupun sekadar bekas untuk mengisi dompet,kunci dan barang2 kecil sewaktu keluar jalan2...

jom tengok....








kalau nak...hubungi: butikriben@gmail.com

Friday, February 18, 2011

tudung nikah bersulam benang

Salam pada semua pengunjung Butik Riben...selamat datang.

Baru-baru ni ciktie ada buatkan sulaman benang pada tudung putih. Tudung ni untuk upacara nikah. Dan ianya akan dipakai bersama dengan selendang yang dipenuhi labuci berwarna kuning keemasan. Memang sesuai sangat tudung sulaman benang ni digadingkan dengan selendang yang dah bling2...taklah sarat sangat pengantin tu nanti. Warna putih tudung menaikkan seri tone warna oren kemerahan benang ini. Tudung ni dah pun selamat sampai pada bakal pengantinnya...

SELAMAT PENGANTIN BARU buat kamaliah...

jom tengok...





Monday, February 14, 2011

Beg Telekung Sulaman Riben

Salam semua...

Ini adalah bag telekung tempahan saudari Kamaliah dari Sabah. Seperti yang dijanjikan...ciktie tunjuk gambar keseluruhan beg setelah tuannya menerima bag ini. Bag telekung bertangkai bulat. Menggunakan kain satin berwarna putih. Alhamdulillah dah sampai ke sabah pun beg ni...

Jom tengok ...









Friday, January 28, 2011

Sulaman benang pada tudung putih

Salam dan bertemu kembali kawan2 semua...

Tempahan ni dari Johor. Ianya adalah sulaman benang kedua yang ciktie hasilkan. Juga masih pada tudung. Tudung berwarna putih dihiasi bunga sulaman benang berwarna merah hati...amat terserlah warnanya. Sulaman dijahit pada bahagian atas tudung@awning dan sekeliling tudung. Lama juga nak siapkan ni....he!he! nampak macam sikit...tp sbb jahit benda2 kecil ni makan masa betul. Tapi lega sangat pasal dah siap. Harap tuan tudung ni berpuas hati ye....



sulaman pada bahagian bawah tudung




sulaman pada atas tudung





keseluruhan sulaman pada tudung

Friday, January 21, 2011

Beg telekung tempahan dari sabah

Salam dan selamat bertemu kembali...

Ini adalah tempahan bag telekung dari orang jauh diSabah. Tapi tuannya belum bagi alamatnya lagi... jadi kita intai2 je lah dulu bunganya ye. Jom tengok...










Friday, January 7, 2011

Brooch @ kerongsang riben untuk Sumaiyah

Salam dan selamat datang pada semua yang sudi jalan2 kat sini...

Dah 2 minggu tak dapat nak update blog ni sbb masalah broadband. Sedih....

Tapi kini ciktie kembali...dan nak share dengan kawan2 semua tempahan dari Alor Setar. Kiranya ini adalah produk sulung bagi tahun 2011 ni. Riben brooch ni sangat cantik dipakai pada jaket ataupun pada bahu bagi yang memakai tudung. Saiz bunganya dalam 2inci. Kiranya nampak macam sekuntum bunga sedang berkembang mekar diselitkan pada baju @ tudung kita. Penambahan kristal @ pearl pada tengah bunga menaikkan lagi seri bunga ni. Tuan punya brooch ni nakkan gabungan brooch riben satin dan riben organza.

saiz: lebih kurang 2"
harga: riben satin RM5 satu
riben organza RM7 satu


kalau berminat...contact: butikriben@gmail.com







sebelah atas adalah brooch organza dan sebelah bawah adalah brooch satin.